Kota A Famosa dibina begitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis menangkis sebarang serangan.Untuk menakluk Melaka, Belanda mengepung kota tersebut selama lima bulan. Penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.Akhirnya pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu dengan mengalami korban lebih 7 ribu, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya telah digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki, dan mengubah suai dan meletakkan senjata mereka di atas pagar yang kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670" ~
(one of my speech) =P
No comments:
Post a Comment